Sunday, September 21, 2008

Permintaan Mematuhi Gesaan Daripada Suhakam

21 September 2008

Y.B. Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Menteri Dalam Negeri,
Blok D 2, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.

Yang Berhormat Dato' Seri,

Permintaan Mematuhi Gesaan Daripada Suhakam

Dengan amat hormatnya saya meminta Y.B. Dato' Seri mencadang kepada Jemaah Menteri supaya undang-undang yang membenarkan tahanan seseorang manusia tanpa bicara seperti Internal Security Act 1960 (ISA), Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969, Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 dan sebagainya dapat dimansuhkan. Ini adalah sebab undang-undang tersebut telah mencanggahi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diisytihar oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan diterima pakai oleh Malaysia melalui seksyen 4(4) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597).

Saya juga meminta Y.B. Dato' Seri mematuhi gesaan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) iaitu "ISA yang diperkenalkan semasa pentadbiran Perdana Menteri kedua hanya boleh diguna pakai untuk tempoh 10 tahun dan bukan 100 tahun…" oleh kerana pada 24 April 1999, Y.B. Dato' Seri sendiri yang mengumumkan bahawa kerajaan sedia menubuhkan Suhakam melalui satu rang undang-undang dalam sidang Parlimen.

Maklum balas awal daripada Yang Berhormat Dato' Seri sungguh dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut


S.k. 1. Tan Sri Abu Talib Othman
President,
SUHAKAM
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

2. Para Media



Relevant link: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/NewsBreak/20080916182558/Article/index_html

No comments: