Thursday, December 5, 2013

Pakatan Rakyat tuntut penjelasan 1,860 MyKad hilang setiap hari

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-rakyat-tuntut-penjelasan-1860-mykad-hilang-setiap-hari (OLEH DIYANA IBRAHIM, 4/12/2013)
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab isu peningkatan jumlah luar biasa kehilangan MyKad yang dilaporkan pada tahun ini iaitu sebanyak 565, 157.
Beliau berkata, jumlah yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam direkodkan bermula Januari hingga 31 Oktober 2013 dengan peningkatan 32% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
"Kita hairan kenapa setiap tahun berlakunya peningkatan dalam kes kehilangan atau kecurian MyKad.
"Bayangkan jumlah itu bersamaan dengan 1,860 sehari kes kehilangan mykad dilaporkan maksudnya setiap minit lebih satu kes kehilangan direkodkan dan situasi ini begitu tidak masuk akal," katanya kepada media di Parlimen hari ini.
Malah, katanya, angka kehilangan MyKad yang luar biasa itu seolah-olah mempunyai kaitan dengan kes pengundi hantu yang dilaporkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan penjelasan munasabah dengan memberi kita fakta bagi membolehkan tindakan diambil dengan segera.
"Kita juga menggesa kerajaan mendedahkan semua butiran terperinci kes kehilangan kecurian MyKad seperti daerah, negeri dan mukim," katanya.
Katanya, kegagalan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu itu akan menyebabkan rakyat semakin tidak yakin kepada kerajaan.

Related news: ‘Why 32% spike of MyKad lost in GE year?’ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/04/why-32-spike-of-mykad-lost-in-ge-year/Segambut MP asks Home Ministry to disclose details of 565,157 missing MyKads http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/04/lost-mykad-explain-segambut.aspxMP demands lost Mykad statistics’ breakdown, hints of GE links http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mp-demands-lost-mykad-statistics-breakdown-hints-of-ge-linksMP demands breakdown for lost Mykads http://www.theedgemalaysia.com/political-news/266178-mp-demands-breakdown-for-lost-mykads.html

No comments: