Source:
http://www.bharian.com.my/node/10389 (Oleh
Petah Wazan Iskandar, 8/10/2014)
KUALA
LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang ditubuhkan kerajaan pada 2009,
mempunyai aset terkumpul RM44.66 bilion pada hujung tahun kewangan berakhir 31
Mac tahun lalu.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata agensi itu mengumpul dana dengan membawa
masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berpadanan untuk projek negara dan
menerbitkan bon.
Beliau
yang juga Menteri Kewangan berkata, 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk
mengambil peluang ke atas pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi melabur
dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan berinovasi.
"1MDB
mempunyai pinjaman sebanyak RM5.8 bilion yang menerima jaminan Kerajaan
Malaysia manakala tiada sebarang jaminan daripada kerajaan bagi bon atau
pinjaman yang diberi kepada IMDB.
"Sebanyak
RM5 bilion adalah jaminan yang diberi kepada bon Nota Jangka Sederhana Islam
(IMTN) 30 tahun yang diterbitkan oleh 1MDB dan RM800 juta bagi pinjaman
1MDB," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di
Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lip
Eng ingin penjelasan tujuan kerajaan menubuhkan 1MDB, kaedah diguna untuk
mengumpul dana, jumlah dana terkini dan pencapaian yang membezakan peranannya dengan
Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd.
Mengulas
lanjut, Najib berkata selaras tujuan penubuhan, antara projek pelaburan 1MDB
ialah Tun Razak Exchange, pembangunan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur
kepada Projek Bandar Malaysia dan sektor tenaga.
Projek
Tun Razak Exchange direka bentuk bagi memenuhi keperluan masa depan
membabitkan pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa yang dianggarkan bernilai
RM26 bilion dengan tempoh pembinaan selama 15 tahun.
Katanya,
projek itu mempunyai visi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan
antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ia sebuah
bandar raya global.
Projek
Bandar Malaysia akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar
Kuala Lumpur dengan sebahagian keluasannya adalah untuk membina projek
perumahan mampu milik khususnya golongan eksekutif muda yang bekerja di
bandar.
"Sektor
tenaga pula, menyaksikan 1MDB adalah pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua
terbesar negara dari segi keupayaan pengeluaran tenaga susulan pembelian aset
tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures
Sdn Bhd," katanya.
No comments:
Post a Comment