Source:
http://www.bharian.com.my/node/11796
(15/10/2014)
KUALA
LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk
seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara
Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun setakat
ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam
aktiviti Jihad Al-Nikah.
Beliau
berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng
(DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jihad
Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita
dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual militan.
Ahmad
Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung penglibatan mereka
dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan
undang-undang sedia ada.
Ini
termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Kanun
Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.
"Kerajaan
tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang
terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara," tegas Ahmad
Zahid. - BERNAMA
Related news: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-bukti-wanita-malaysia-terlibat-jihad-al-nikah-kata-kdn
Tiada bukti wanita Malaysia terlibat Jihad Al Nikah, kata KDN
No comments:
Post a Comment