Friday, December 21, 2012

Senator DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin, portal berita

Ariffin membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi.
Naib Pengerusi DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan laman portal, Antarapos kerana menuduhnya mengamalkan perkauman sempit.
Ariffin yang ditemani peguam iaitu ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan tersebut di Balai Polis Tun H S Lee di Jalan Stadium dekat sini tengahari tadi. Laporannya terhadap Muhyiddin itu berdasarkan petikan berita “Kenyataan Ariffin Melayu Punca Rasuah Diselar” pada 18 Disember lalu apabila menyifatkan ia sebagai satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Respon itu dibuat Muhyiddin selepas Antarapos dalam laporannya 15 Disember lalu memetik Ariffin sebagai berkata rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. Beliau ditemuramah portal itu selepas menyampaikan ucapan usul Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang minggu lalu.
“Ini merupakan fitnah semata-mata kerana saya tidak pernah menyatakan bahawa punca rasuah dalam perkhidmatan awam adalah kerana monopoli orang Melayu.
“Dalam wawancara bersama wartawan Antarapos saya telah mengatakan bahawa negara kita akan lebih aman dan stabil dengan adanya perkhidmatan awam yang terdiri daripada berbilang kaum, saya juga telah menambah bahawa ini membolehkan pencegahan rasuah.
“Justeru adalah jelas bahawa kenyataan saya telah diputar belit dan digunakan Timbalan Perdana Menteri untuk menuduh saya melakukan perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab, ini jelas mencemarkan reputasi saya dan lebih teruk lagi mengaitkan saya kepada kenyataan hasutan dan berunsur perkauman,” katanya dalam laporan polis. Sehubungan itu beliau mahu polis mengambil tindakan susulan kerana percaya dirinya difitnah melalui laporan media tersebut yang antara lainnya merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau ketika ditemui pemberita berkata pihaknya masih lagi membuat pertimbangan sama ada untuk membawa kes ini ke mahkamah bagi menuntut ganti rugi.

Wednesday, December 5, 2012

Two new road signs at Persiaran Dato Shamsuddin Naim that point the wrong way


From New Straits Times: Residents, seen here with Lim Lip Eng (second from left), in front of the signboard with the erroneous arrows.
Related news:
Road signs that point the wrong way
Wrong road signs create confusion
http://www.nst.com.my/streets/central/wrong-road-signs-create-confusion-1.180591