Jawapan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Segambut, jalan-jalan yang dimaksudkan mempunyai kelebaran jalan yang tidak sekata. Malahan, kelebaran jalan pada satu-satu tempat juga adalah terlalu sempit sehinggakan jika ada sebuah sahaja kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia boleh mengakibatkan halangan dan kesesakan lalu-lintas. Begitu juga apabila terdapat kenderaan perkhidmatan untuk mengutip sampah sedang beroperasi, maka kesesakan akan berlaku. Masalah kelebaran jalan tidak sekata ini merupakan antara penyumbang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan-jalan tersebut.
Masalah kelebaran jalan yang tidak sekata ini ditambah lagi dengan kapasiti lalu lintas yang sangat tinggi membuatkan jalan tersebut tidak dapat menampung aliran trafik. Keadaan ini mengakibatkan kesesakan lalulintas.
Antara langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan menaiktaraf jalan tersebut namun ianya akan menelan kos yang tinggi. Bajet untuk melaksanakan kerja-kerja meningkatkan jalan tersebut tidak diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Oleh yang demikian, proses menaik taraf jalan tersebut masih belum dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun, DBKL akan melaksanakan beberapa langkah awal berkaitan pengurusan lalu lintas di jalan-jalan tersebut seperti mengkaji pemasaan (timing) dan juga masa kitaran (cycle time) lampu-lampu isyarat di persimpangan-persimpangan yang ada serta menambah pemasangan papan-papan tanda lalu lintas agar dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di jalan-jalan ini.

Synopsis (my version): Basically, the government is telling motorists at Jalan Segambut to be patient while suffering the horrible traffic jam until the year 2011 only when the 9th Malaysian Plan kicks off.
1 comment:
The jam in the morning is caused by 2 things - GIS school and also the ramp not opened for Penchala Link? Can't we put pressure on the court to come to a conclusion on the land dispute for the ramp? as for the GIS school problem, understand there is a proposal to have linkage from Jalan Segambut to Jalan Kiara 2/Solaris, but why is it not done now and have to wait till Mont Kiara 28 project is started/completed?
Post a Comment