Saturday, November 1, 2014

MP: Perluas larangan ke atas tukang masak asing

MP Segambut, Lim Lip Eng menggesa kerajaan persekutuan mengikut jejak langkah Pulau Pinang dengan melarang golongan pendatang bekerja di gerai penjaja.
Katanya, langkah yang dilaksanakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu kini mendapat sambutan positif dari pelbagai pihak.
Beliau menggesa agar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong mengkaji perkara itu.
Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan langkah tersebut selepas melakukan soal selidik terhadap 14,810 responden dari 25 Julai sehingga 31 Ogos.
Menurut DAP, 86 peratus daripada mereka yang ditinjau bersetuju dengan langkah itu.
Related news: KL should follow Penang move to ban foreign cooks at stalls, says MP

Rid KL hawkers of foreign cooks too, gov't told

 http://www.malaysiakini.com/news/279196

No comments: