Wednesday, October 21, 2009

Parliamentary answer on Penan rape or it’s just a joke

21 Oktober 2009
Lim Lip Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status siasatan polis dalam laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Kaum Penan di Sarawak dan mengapa tiada tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak yang enggan menyiasat perkara ini apabila aduan mulai dibuat pada tahun lalu.
My question in Parliament today was for Menteri Dalam Negeri to reply but somehow the Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat grabbed it. Below is the answer or no answer:-
Jawapan:
Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 8 Oktober 2008 adalah bertujuan untuk menyiasat dakwaan eksploitasi seks ke atas wanita dan pelajar perempuan kaum Penan di Sarawak oleh pekerja suarikat pembalakan.
Antara hasil laporan tersebut ialah bahawa dakwaan mengenai penderaan seksual di kalangan kanak – kanak perempuan dan wanita Penan oleh orang luar yang berurusan dengan kaum Penan termasuk pekerja syarikat pembalakan dan peniaga–peniaga memang berlaku.
Sehubungan ini, Laporan Jawatankuasa Bertindak tersebut telah dikemukakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku Ahli Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Kaium Wanita Penan di Sarawak. PDRM juga telah menubuhkan Pasukan Penyiasat Khas yang bertanggungjawab menyiasat kes ini. Pihak Kementerian dimaklumkan bahawa pada masa ini Pasukan Penyiasat Khas masih lagi menjalan siasatan.
Siasatan ke atas dakwaan kanak–kanak perempuan dan wanita Penan adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan bukannya YAB Ketua Menteri Sarawak.

No comments: