Friday, June 4, 2010

PM didakwa beri jawapan bercanggah projek RMK9

http://www.malaysiakini.com/news/133595 (Salhan K Ahmad, 4/6/10)
Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memberikan jawapan bercanggah berhubung status projek bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Katanya, Najib dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada April lalu menyebut, sebanyak 705 buah projek berada dalam status Belum Mula.
Jawapan itu adalah bagi soalan yang dikemukakan ahli parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim (kiri), Najib menyebut hanya 11 buah projek yang berstatus Belum Mula bawah RMK9, melibatkan peruntukan sebanyak RM82 juta.
"Macam mana soalan sama tapi jawapan berbeza-beza?," soal Lim dalam sidang media di pusat khidmatnya di Segambut, Kuala Lumpur hari ini. "Kalau 11 projek sudah berjumlah RM82 juta, kalau 705 projek, berapa jumlah peruntukannya?" soalnya lagi. Tambahnya, beliau percaya perdana menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapan-jawapannya yang didakwa berbeza itu. 'Tak tahu apa yang diperkatakan' Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menuntut penjelasan berhubung kekeliruan itu pada sesi perbahasan selepas pembentangan RMK10. "Perkara dalam RMK9 pun belum diselesaikan lagi, macam mana hendak bentangkan RMK10?" soalnya. Katanya, beliau memperoleh jawapan bertulis itu selepas perdana menteri memberi jawapan lisan kepada Zulhasnan Rafique pada 14 April lalu. Kedua-dua soalan tersebut adalah berhubung status projek bawah RMK9 serta jumlah peruntukan yang diberikan. Katanya, berdasarkan kedua-dua jawapan berbeza itu, beliau menyimpulkan bahawa "perdana menteri kita tidak tahu apa yang diperkatakannya".
Beliau juga percaya, Najib yang juga pengerusi BN bertindak sedemikian dengan tujuan "menutup kelemahan mereka dan mengelirukan rakyat". "Bukti ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa kerajaan BN, dalam memberi jawapan kepada rakyat di parlimen, kebanyakan daripadanya adalah salah, palsu dan (besifat) penipuan," katanya.
Statistik dikawal agensi kerajaan
Beliau juga yakin, pendedahan itu hanyalah gambaran kasar daripada masalah yang lebih besar. "Sebab kebanyakan jawapan yang kami terima di parlimen, (wakil rakyat pembangkang) tidak boleh sahkan. "Semua data statistik ini dikawal oleh agensi bawah kerajaan BN," katanya. Tambahnya, dengan "pembongkaran" tersebut, beliau berharap BN akan bersikap lebih telus dan jujur semasa memberikan jawapan di parlimen. "Kita jangka kerajaan akan bentangkan cadangan untuk projek-projek raksasa (dalam pembentangan RMK10). "Harapan kami (wakil pembangkang) ini bukan hanya satu sandiwara dengan mengatakan ianya projek untuk rakyat tapi akhirnya ditinggalkan," katanya lagi.
Lim memberi contoh satu projek pembesaran sebatang jalan sepanjang 3 kilometer di Segambut melibatkan kos lebih RM40 juta yang tidak selesai walaupun sudah diluluskan bawah RMK9.

Thursday, June 3, 2010

Houses-cum-restaurants irk neighbouring folk

Favourite spot: Residents believe the diners will follow the restaurants since the food is reported to be quite tasty.

Source: http://thestar.com.my/metro (By PRIYA MENON, Photo by ART CHEN, 3/6/2010)

A FEW terrace house owners along Jalan Dutamas Raya in Kuala Lumpur are turning their homes into illegal eateries, and this is creating a host of problems for neighbouring residents. For more than five years now, several house owners along Jalan Dutamas have redecorated their backyard, turning them into cosy restaurants, feeding hundreds of people each day. It began with a nasi lemak stall that operates from morning till mid afternoon and many soon followed suit. The youngest member of the illegal restaurants is a mamak stall that operates 24 hours. It is also the biggest yet. A resident from Prima Duta who wished to remain anonymous said he has lodged many complaints with the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) but no action was taken against them. To make matters worse, access into their condominiums are always blocked as cars are triple parked along the roads. “We can’t even get out sometimes, they (restaurants) have no control over the traffic so their customers park everywhere,” he added.

A resident who wanted to be known as Mrs. Lim said congestion is really bad during rush hour as cars are parked haphazardly along the road. Those who stop by the restaurants for breakfast have total disregard for the neighbours, forcing cars to spill on to the oncoming traffic. Since the restaurants mushroomed, floods have become a recurring nightmare as the drains are clogged with rubbish. Mrs Lim also said during the quiet hours at night, she could hear the clanging of pots and pans at the restaurant. “At night when it is really quiet, you can hear them cooking away especially the mamak stall since they operate 24 hours a day,” she added. The anonymous resident said they had no personal vendetta against the restaurants but they feel they should be relocated to a better location. “If you place them at a proper place, their diners will definitely follow them because the Nasi Lemak is really good,” he added.

Segambut MP Lim Lip Eng said he has received constant complaints from the residents over the years. Lim has forwarded the complaints to the DBKL but did not receive a satisfactory reply. “They said they will allow the restaurants to operate because they are in the midst of shifting them to another location. “However, this is unacceptable because they are still illegal. If there are illegal vendors or squatters DBKL would immediately tear down the place so why are these three restaurants getting special treatment?” he asked.

Wednesday, June 2, 2010

License for sports betting in KL

This morning, MP Segambut submitted a memorandum to KL City Hall's advisory board, urging it to make public on its stand on sports betting.