Thursday, January 28, 2010

MP pertikai kewajaran bajet MSSM dipotong

Berita dari: http://www.malaysiakini.com/news/123051 (Salhan K Ahmad, 27/1/10)

Seorang ahli parlimen hari ini mempertikaikan kewajaran Kementerian Pelajaran memotong bajet untuk program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kepada RM1.5 juta berbanding RM6 juta tahun lalu.

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, ia memandangkan pelajar sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM4 setahun bagi MSSM. "Kalau pelajar (yang berjumlah) empat juta, didarab dengan RM4 seorang, sepatutnya ada (jumlah) bajet sebanyak RM 16 juta,” katanya merujuk kepada laporan akhbar mengenai tindakan kementerian tersebut memotong bajet berkenaan.

Laporan pada 13 Januari lalu, antara lain menyebut, sebelas jenis sukan - termasuk bowling, memanah, ping-pong dan kapal layar - digugurkan daripada 24 jenis sukan untuk kejohanan MSSM peringkat kebangsaan. Laporan tersebut memetik kenyataan pengarah bahagian sukan, kesenian dan ko-kurikulum Kementerian Pelajaran Jamie Alip yang berkata, hanya 13 jenis sukan MSSM dipertandingkan tahun ini kerana "kekurangan bajet."
Lim dalam pada itu menjelaskan, acara sukan itu tidak sepatutnya digugurkan kerana ada di antaranya termasuk dalam program 'Road to London 2012', satu program untuk menyediakan atlet negara bagi memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik tahun depan. "Jadi saya galakkan persatuan-persatuan sukan yang berkaitan ini supaya buat bantahan kepada kementerian pendidikan," katanya. Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghantar satu memorandum bantahan kepada pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pejabat Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. Sehubungan itu beliau turut menggesa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga timbalan perdana menteri supaya memberi penjelasan berhubung kedudukan perkara ini. "Kalau (Muhyiddin) sangat sibuk sebagai timbalan perdana menteri dan asyik ke luar negara, saya minta timbalan menteri pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang jelaskan," katanya lagi.

2 comments:

sad sad day said...

Have u read today's Malay Mail?

http://www.mmail.com.my/content/26201-hey-big-spender

第十二届全国大专辩论会 said...

“華基政黨能否有效為華社爭取權益?”— 一个由《第十二届全国大专辩论会》 与星洲日报联办的政治講座。
主讲人:王乃志,潘俭伟,胡渐彪,张念群
欲知更多详情,请加入全辩面子书 或浏览全辩的官方网站:www. quanbian.net