Source: http://www.roketkini.com/2014/06/25/kabinet-ada-mca-atau-tidak-sama-sahaja-lim-lip-eng/
(25 Jun 2014)
Lim dalam
kenyatannya hari ini berkata, sama ada wujud atau tidak wakil MCA dalam barisan
kabinet, tidak ada perbezaan.
“Yang perlu
dipersoalkankan sekarang – apa yang boleh mereka lakukan. Apa bezanya sebuah
kabinet yang ada wakil MCA dan kabinet yang tiada wakil MCA?, kata Lim sinis.
Bekas
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan sebelum ini
berkata, parti itu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian
parti itu yang lemah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Namun, pada
Februari 2014 selepas pelantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai presiden MCA
dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM), parti itu mengintai peluang untuk
menjabat semula jawatan di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
Kata Lim,
tidak ada sebarang hasil kerja yang boleh dibanggakan, malah tanpa sebarang
petunjuk prestasi bagi mengabsahkan pelantikan lima pemimpin MCA ke dalam kabinet.
“Kabinet
kerajaan minoriti Barisan Nasional terpaksa disusun semula. Selepas hanya satu
tahun, Malaysia
kembali ke petak mula? Apa sebabnya?. soalnya.
Tambahnya,
penyusunan semula kabinet ini hanya untuk ‘memberi muka’ kepada MCA dan Gerakan
yang gagal untuk kekal relevan pada PRU lalu.
Lim sebelum
ini pernah meminta -pemimpin MCA yang begitu aktif di media sosial, terutamanya
presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menawarkan lima janji kepada
masyarakat Cina sebagai hujah penyertaan parti itu ke dalam kabinet.
“Permintaan
ini tidak dijawab. Minggu lalu saya bertanya lagi dan kali ini saya kurangkan
kepada tiga janji sahaja. Ini pun tidak dijawab. MCA kekal membisu.
“Apa janji
MCA yang tidak boleh diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina tanpa MCA? soal
Lim.
Hari ini
lima pemimpin MCA menyertai kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai
(Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM), Datuk Lee Chee
Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua
Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri
Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)
Justeru
kata Lim, pada hari bersejarah MCA menyertai semula kabinet, beliau sekali lagi
meminta parti itu untuk menawarkan satu sahaja janji lagi kepada masyarakat
Cina di Malaysia.
‘Saya
secara spesifik menyebut ‘masyarakat Cina’ kerana kali terakhir saya periksa,
MCA itu maksudnya ‘Malaysian Chinese Association’.
“Semua
orang tahu bahawa MCA sebuah parti Cina yang ditolak masyarakat Cina tidak
berfungsi sepanjang satu tahun lalu,” katanya.
1 comment:
Now,the episode of Dr.Redzuan is far more worth the gun and not MCA lah !
Post a Comment