Thursday, June 19, 2014

Tiada penjawat awam terlibat himpunan bantah GST

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/29025-tiada-penjawat-terlibat-himpunan-bantah-gst (SALMIYAH HARUN | 18 Jun 2014)                                                                                                           
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan tidak ada penjawat awam yang terlibat dalam Himpunan Membantah GST pada 1 Mei lalu.
Walaupun terdapat dakwaan wujud penglibatan penjawat awam, jelasnya sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada pihak ketua jabatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau polis yang boleh membuktikan mereka terlibat dalam himpunan tersebut.
"Laporan ini penting bagi memastikan sebarang prosiding tatatertib yang akan dimulakan berdasarkan fakta yang tepat dan dapat dibuktikan," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat.
Isu ini, katanya sentiasa dipantau oleh Ketua Jabatan bagi memastikan pegawai di bawah seliaan masing-masing mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
Menurut beliau, sejak tahun 2010 hingga 2013 seramai 4,244 penjawat awam dibuang kerja kerana melanggar tatakelakuan, tidak hadir bertugas, kes mahkamah bukannya disebabkan kesalahan menghadiri sebarang perhimpunan haram.
Daripada jumlah tersebut seramai 3,892 orang berbangsa Melayu, 39 orang berbangsa China dan 164 berbangsa India dan 149 daripada pelbagai bangsa.
Dalam soalan asal, Lip meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan penjawat awam yang didapati dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dan apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka. Statistik penjawat awam dibuang kerja sejak tahun 2010 mengikut tahun, bangsa dan nama agensi. - HARAKAHDAILY 18/6/2014
Related news: Tiada Laporan Penjawat Awam Terbabit Perhimpunan GST http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1047430

No comments: