Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/07/10/lawatan-bukan-satu-penyelesaian/
(10/7/2014)
Meskipun
Perdana Menteri sendiri turun padang bagi
melawat gelandangan dan golongan miskin tegar di ibu kota , jalan penyelesaian bagi mengatasi
masalah mereka masih samar
PETALING
JAYA: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata kehadiran Perdana Menteri
melawat gelandangan Kuala Lumpur tidak membawa faedah kepada gelandangan, malah
membuktikan bahawa Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang patut
dilakukan.
“Pertamanya
saya ucap tahniah kepada Dato’ Sri Najib Razak yang telah menunjukkan
keprihatinan beliau dengan melawat para gelandangan Kuala Lumpur malam semalam,” katanya.
Lawatan
yang disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor pastinya sangat
dihargai oleh warga miskin kota yang telah
sekian lama mendiami kaki lima
kotaraya dan mengharap ehsan daripada orang ramai.
“Lima tahun lalu, saya dan beberapa orang rakan telah
mengedarkan sejumlah makanan kering kepada warga miskin kota
dan gelandangan Kuala Lumpur bagi menyangkal
dakwaan Najib bahawa kononnya ibu kota
sudah tidak punya warga miskin tegar.
“Sejak dari
itu pun Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak banyak membantu untuk
meringankan beban yang ditanggung mereka yang tidak bernasib baik, selain
membuat pengumuman dan berjanji itu dan ini,” tambahnya.
Soal
beliau, adakah selepas lawatan ini Najib Razak akan merangka suatu penyelesaian
yang baik bagi menangani masalah gelandangan dan warga miskin kota .
“Adakah
cadangan ‘mengangkut’ para peminta sedekah serta mengenakan saman terhadap
mereka yang memberi sedekah adalah rancangan terbaik yang mampu beliau
fikirkan?.
“Saya
hairan apabila melihat Perdana Menteri sekadar datang melawat para gelandangan
di kaki lima
dan kemudian membiarkan sahaja mereka di situ tanpa membuat apa-apa.
“Ternyata
nasib warga miskin kota
tidak pun berubah walaupun beliau sendiri melawat mereka. Bagaimana mungkin
warga miskin boleh terus dibiar tidur di kaki lima selepas lawatan itu?,” soal beliau lagi.
“Lawatan
Perdana Menteri semalam tidak memberi sebarang faedah selain satu usaha
publisiti bagi menyelamatkan imej parti (BN) yang dirosakkan para menterinya.
Lawatan tersebut sama tarafnya dengan gol tunggal Brazil setelah dimalukan dengan
tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Jerman,” akhiri
beliau.
Related
news: Wayang peduli gelandangan, lawatan Najib seperti satu gol Brazil http://www.roketkini.com/2014/07/10/wayang-peduli-gelandangan-lawatan-najib-seperti-satu-gol-brazil/
PM tinjau
gelandangan untuk publisiti, kata DAP
http://www.malaysiakini.com/news/268387DAP: Najib came, saw, and left the homeless http://www.malaysiakini.com/news/268397
No comments:
Post a Comment