Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/29/bawa-zhang-jian-balik-semula-ke-malaysia-dan-dakwanya/
(Mohamad Fadli, 29/10/2014)
Saya mahu pembantu, rakan kongsi dan siapa pun yang
terlibat dengan Zhang Jian di Malaysia ditahan dan ditangkap.
KUALA
LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa supaya pihak kerajaan
mendapatkan bantuan Interpol bagi membawa Zhang Jian dan kumpulannya ke
Malaysia untuk didakwa atas kesalahan menjalankan perniagaan Skim Cepat Kaya
YSLM.
Menurutnya,
Zhang Jian dan kumpulannya pernah berada di Malaysia selama dua tahun yang lalu
sebelum beliau ditangkap di Thailand.
“Persoalannya
di sini, mengapa tiada siapa yang ditahan sehingga mereka ke Thailand dan
apabila berada di sana, tidak sampai dua bulan mereka sudah ditangkap.
“Ramai
sudah maklum yang perniagaan ini adalah skim piramid, skim cepat kaya dan
perniagaan haram,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Lip
Eng sebelum ini pernah menanyakan soalan di Parlimen mengapa wakil dan agen
YSLM yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta mereka tidak disita
untuk membantu siasatan dan meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk menjawab.
Namun
beliau menjawab Skim Cepat Kaya YSLM yang diasaskan oleh Zhang Jian ini adalah
sah disisi undang-undang.
“Skim
atau pelan pemasaran yang ditawarkan oleh YSLM di bawah syarikat CDTUP
International Sdn.Bhd mempunyai unsur-unsur Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid
yang menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi dalam masa yang singkat dan
bergantung kepada kemasukan peserta-peserta baru ke dalam skim berkenan,”
katanya dalam jawapan bertulis.
Tambah
Lip Eng, perkara ini juga telah beliau dedahkan di dalam akhbar dan parlimen.
“Sekarang
mereka dah ditahan di Thailand, dan saya nak kerajaan dari mana-mana
kementerian pun yang terlibat untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi membawa
Zhang Jian dan kumpulannya ke Malaysia untuk didakwa
“Jadi
saya mahu pembantu, rakan kongsi dan siapa pun yang terlibat dengan Zhang Jian
di Malaysia, yang mana mereka itu rakyat Malaysia, saya mahu mereka ditahan dan
ditangkap,” tegasnya.
Katanya,
beliau tidak tahu kenapa kerajaan ambil mudah perkara ini sedangkan satu dunia
memerhatikan mereka,
“Komen
saya ialah ramai sudah tahu berkenaan perkara ini Zhang Jian dan dua lagi yang
telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan yang sama berkenaan
skim cepat kaya di Thailand di Chiang Mai, Bangkok dan Phuket.
“Kenapa
tidak tahan Zhang Jian walaupun sudah banyak laporan polis sudah dibuat,”
ujarnya.
No comments:
Post a Comment