By Lim
Lip Eng (8/10/2014)
Tindakan
mengada-ngada beberapa orang Ketua Bahagian UMNO yang kononnya mahu menyeru
supaya sekolah vernakular dihapuskan adalah hanya satu lagi aksi mengalih
perhatian, yang menyasarkan masyarakat kaum bukan Melayu khususnya.
Tujuan
mereka berbuat demikain tidak lain adalah untuk untuk membuat warga bukan
Melayu khususnya terleka dan terlupa daripada menumpukan kepada akibat buruk
yang bakal menimpa rakyat berikutan pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.
Belanjawan
kali ini dipercayai akan dibentuk dengan janji-janji kosong serta hakikatnya
akan terus mengambil dari hak rakyat marhaen yang telah sedia tertindas dan
tertekan dengan kesempitan ekonomi.
Jalan
cerita jenaka Umno ini mudah; para pemimpin Umno akan menghangatkan perdebatan
mengenai sekolah vernakular setiap minggu, malah setiap hari; mulai sekarang
sehinggalah Perhimpunan Agung Umno November nanti.
Drama
ini hanyalah satu taktik mengalih perhatian, supaya rakyat tidak peduli dan
tidak memberi perhatian terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Najib
Razak sepanjang beberapa tahun lalu yang mengakibatkan hutang negara mencecah
tahap yang begitu tinggi, serta defisit yang berterusan saban tahun.
Saya
menyeru kepada Umno supaya turut sama mendahulukan kepentingan ekonomi rakyat
yang bakal terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, dan tumpuan seharusnya
kepada isu-isu ekonomi rakyat dan negara, khasnya di saat-saat getir hasil
pembentangan Belanjawan 2015 yang bakal diikuti pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) pada bulan April tahun hadapan.
Seandainya
Umno meneruskan perangai yang mengada-ngada ini, jelaslah mereka sebenarnya
tidak peduli pun masalah sebenar yang dihadapi rakyat setiap hari. Tetapi hanya
mementingkan usaha untuk mewujudkan suasana tegang dalam politik negara, supaya
Umno kekal berkuasa.
Related
news: http://www.malaysiakini.com/news/276948
No comments:
Post a Comment