Friday, October 10, 2014

Aset keseluruhan 1MDB RM44.66 bilion - Najib

Source: http://www.bharian.com.my/node/10389 (Oleh Petah Wazan Iskandar, 8/10/2014)
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang ditubuhkan kerajaan pada 2009, mempunyai aset terkumpul RM44.66 bilion pada hujung tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata agensi itu mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berpadanan untuk projek negara dan menerbitkan bon.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, 1MDB menerajui projek jangka panjang untuk mengambil peluang ke atas pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi melabur dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan berinovasi.
"1MDB mempunyai pinjaman sebanyak RM5.8 bilion yang menerima jaminan Kerajaan Malaysia manakala tiada sebarang jaminan daripada kerajaan bagi bon atau pinjaman yang diberi kepada IMDB.
"Sebanyak RM5 bilion adalah jaminan yang diberi kepada bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 30 tahun yang diterbitkan oleh 1MDB dan RM800 juta bagi pinjaman 1MDB," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lip Eng ingin penjelasan tujuan kerajaan menubuhkan 1MDB, kaedah diguna untuk mengumpul dana, jumlah dana terkini dan pencapaian yang membezakan peranannya dengan Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd.
Mengulas lanjut, Najib berkata selaras tujuan penubuhan, antara projek pelaburan 1MDB ialah Tun Razak Exchange, pembangunan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Projek Bandar Malaysia dan sektor tenaga.
Projek Tun Razak Exchange direka bentuk bagi memenuhi keperluan masa depan membabitkan pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa yang dianggarkan bernilai RM26 bilion dengan tempoh pembinaan selama 15 tahun.
Katanya, projek itu mempunyai visi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ia sebuah bandar raya global.
Projek Bandar Malaysia akan menjadi ikon kepada kelestarian kehidupan di bandar Kuala Lumpur dengan sebahagian keluasannya adalah untuk membina projek perumahan mampu milik khususnya golongan eksekutif muda yang bekerja di bandar.
"Sektor tenaga pula, menyaksikan 1MDB adalah pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua terbesar negara dari segi keupayaan pengeluaran tenaga susulan pembelian aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd," katanya.

Thursday, October 9, 2014

Tindakan mengada-ngada beberapa orang Ketua Bahagian UMNO yang kononnya mahu menyeru supaya sekolah vernakular dihapuskan adalah hanya satu lagi aksi mengalih perhatian

By Lim Lip Eng (8/10/2014)
Tindakan mengada-ngada beberapa orang Ketua Bahagian UMNO yang kononnya mahu menyeru supaya sekolah vernakular dihapuskan adalah hanya satu lagi aksi mengalih perhatian, yang menyasarkan masyarakat kaum bukan Melayu khususnya.
Tujuan mereka berbuat demikain tidak lain adalah untuk untuk membuat warga bukan Melayu khususnya terleka dan terlupa daripada menumpukan kepada akibat buruk yang bakal menimpa rakyat berikutan pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.
Belanjawan kali ini dipercayai akan dibentuk dengan janji-janji kosong serta hakikatnya akan terus mengambil dari hak rakyat marhaen yang telah sedia tertindas dan tertekan dengan kesempitan ekonomi.
Jalan cerita jenaka Umno ini mudah; para pemimpin Umno akan menghangatkan perdebatan mengenai sekolah vernakular setiap minggu, malah setiap hari; mulai sekarang sehinggalah Perhimpunan Agung Umno November nanti.
Drama ini hanyalah satu taktik mengalih perhatian, supaya rakyat tidak peduli dan tidak memberi perhatian terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak sepanjang beberapa tahun lalu yang mengakibatkan hutang negara mencecah tahap yang begitu tinggi, serta defisit yang berterusan saban tahun.
Saya menyeru kepada Umno supaya turut sama mendahulukan kepentingan ekonomi rakyat yang bakal terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, dan tumpuan seharusnya kepada isu-isu ekonomi rakyat dan negara, khasnya di saat-saat getir hasil pembentangan Belanjawan 2015 yang bakal diikuti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April tahun hadapan.
Seandainya Umno meneruskan perangai yang mengada-ngada ini, jelaslah mereka sebenarnya tidak peduli pun masalah sebenar yang dihadapi rakyat setiap hari. Tetapi hanya mementingkan usaha untuk mewujudkan suasana tegang dalam politik negara, supaya Umno kekal berkuasa.
Related news: http://www.malaysiakini.com/news/276948

Wednesday, October 8, 2014

Kerajaan Tidak Akan Tangguh Pelaksanaan GST

Source: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/07/par-gst/ (Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK, 7/10/2014)
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 1 April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada sebab untuk menangguhkan pelaksanaan GST kerana semua pihak yang terbabit sudah bersedia dari segi latihan dan sistem data berkaitan.
"Sehingga semalam (6 Oktober), sebanyak 76,315 syarikat telah berdaftar dalam sistem GST.
"Kementerian berpendapat bahawa pelaksanaan GST pada 1 April tahun depan adalah masa yang paling sesuai memandangkan kedudukan ekonomi negara yang stabil dan kadar inflasi yang terkawal pada 3.3 peratus," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya sama ada GST akan ditangguhkan kerana dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi masih belum tercapai.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga sudah bersedia daripada pelbagai aspek termasuk pegawai dan infrastruktur bagi memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar.
"Jabatan Kastam telah mengeluarkan Panduan GST iaitu 45 panduan industri dan 16 panduan spesifik sebagai panduan pihak industri.
"Di samping itu juga, tiga buku panduan GST kepada rakyat dan peniaga telah disediakan," katanya.
Tambah Ahmad, bagi memastikan kelancaran GST, JKDM juga sedang dalam proses menambah 677 kakitangan baharu di samping 1,227 kakitangan sedia ada khusus bagi GST.

Related news: Government won’t postpone implementing GST

No change in April 1 GST implementation plan http://www.malaysiakini.com/news/276817

Tuesday, October 7, 2014

MP rains criticism on DBKL over floods, stolen balloon

A DAP lawmaker has suggested that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) hire professionals to solve the flash floods problem.
"Since DBKL is clueless, helpless and has no knowledge on how to solve the flash floods issue, I suggest that an open tender be provided to allow professionals to take over," Lim Lip Eng told a press conference today.
He said that professionals or irrigation specialists might have better solutions.
Lim was referring to a news report quoting DBKL director-general Mohd Amin Nordin Abdul Aziz as saying that it is time to go back to the drawing board.
Stolen balloon
The Segambut MP also addressed the RM120,000 flood warning system in Kampung Kasipillay, which residents dismissed as a "waste of taxpayers' money".
The system was termed as a "wasted effort" because ever since the balloon was vandalised and stolen a few months ago, DBKL has done nothing about it.
"DBKL should remove the empty cage (which housed the balloon) and come up with a better long term solution," said Lim.
The flood warning balloon, which was located next to Sungai Batu, would rise up once waters reached the dangerous level of 50 metres, warning residents and motorists.
The warning system, apparently the first of its kind in the world, had been rife with problems ever since it was installed as a joint effort between DBKL and the Drainage and Irrigation Department  (DID).
Gross negligence
Meanwhile, Lim also lambasted DBKL for stating that it is not liable for any damages caused by the recent flash floods.
"If the vehicles were parked at a parking lot, whose parking fees are collected by DBKL, then they should be fully liable for the damages caused by the floods," he stressed.
He claimed that it was gross negligence on DBKL's part for refusing to compensate the owners of vehicles damaged by floods if the parking bay is in a flood-prone area.
"I understand if the cars were parked at the roadside where no parking fees were collected, then yes, the owners of the vehicles are responsible for the damages," he added.
Lim was referring to Mohd Amin Nordin Abdul Aziz saying that DBKL is not liable to pay damages because the flash floods "was one of the many natural disasters in Kuala Lumpur."

Monday, October 6, 2014

How can illegals sneak into the country and reside quietly in the capital?

DAP's Segambut Member of Parliament Lim Lip Eng says stern action must be taken by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s administration against intruders especially in view of the movement of terrorists around the world.
KUALA LUMPUR, Oct 5, 2014:
A DAP lawmaker has called for disciplinary action to be taken against the Immigration Department following reports of 155 Uighur refugees crammed into two apartments, here.
Citing the suspension of the Malaysian Examination Syndicate’s director and deputy director over the leaked Ujian Penilaian Sekolha Rendah as an example, Lim Lip Eng suggested that the same principle be applied to the Immigration Department until the problem was rectified.
The Segambut Member of Parliament, in a statement, urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to step in as they had done with the Custom’s Department which saw several officers charged for over a hundred cases.
Stern action, Lim said must be taken by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s administration especially in view of the movement of  terrorists around the world.
“In a time when security forces are supposed to be vigilant, how is it that illegal immigrants sneak into the country and reside quietly in the capital?”
On Wednesday, the Immigration Department detained the Uighur refuges, who were carrying fake Turkish passports, following a tip-off.
Lim went on to suggest that maybe West Malaysia needed a system like the Eastern Sabah Security Command (Esscom), which was set up following an intrusion by Sulu terrorists in 2013, to protect the Peninsula’s borders.
Related news: MP: Act against Immigration for Uighur slip http://www.malaysiakini.com/news/276667