Thursday, July 30, 2009

Pertanyaan bukan lisan di Parlimen berkenaan elaun-elaun Ketua Negara Malaysia dan lain-lain

Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Perdana Menteri menyatakan perbandingan elaun-elaun Ahli Parlimen, Menteri-Menteri dan Ketua Negara Malaysia dengan Negara–Negara jiran di Asia Tenggara.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penetapan gaji dan elaun Ahli Parlimen, Menteri-Menteri dan Ketua Negara Malaysia adalah mengikut acuan Negara yang tersendiri. Adalah tidak wajar membandingkan dengan Negara–Negara jiran yang lain kerana asas yang digunakan adalah berbeza- beza. Elaun yang dinikmati oleh Ahli Parlimen, Menteri–Menteri dan Ketua Negara Malaysia adalah selaras dengan tugas dam tanggungjawab mereka mengikut jawatan masing–masing serta berdasarkan kos sara hidup semasa dan kemampuan Kerajaan pada masa ini.
Bagi Ketua Negara Malaysia, Ganjaran Diraja (Privy Purse) adalah RM608,400 atau sebanyak mana yang kena dibayar sebagai Privy Purse di bawah Undang–Undang Negeri kepada Raja sesuatu Negeri pada tarikh Raja itu dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong, mengikut mana yang lebih besar jumlahnya. Manakala elaun keraian yang diperuntukan adalah pada kemampuan yang sewajarnya. Gaji bulanan bagi YB Menteri Persekutuan yang diperuntukan mengikut subseksyen 4(a)(iii) Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 [Akta A1244] adalah sebanyak RM14,907.20 dan Elaun Tetap Bulanan sebagai Ahli Parlimen yang diperuntukkan mengikut seksyen 3(i) Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 adalah sebanyak RM4,112.79 (Ahli Dewan Negara) dan RM6,508.49 (Ahli Dewan Rakyat).
My synopsis: This is what always happens to questions asked by opposition Member of Parliaments, we ask about issue A but we are given answers about issue B or other unrelated answers.

1 comment:

Anonymous said...

Biasa la YB, all of them are trained liars.
The government servants that prepare the answers are those BTN trained.
Been there done that but now ready to fight.