Friday, July 31, 2009

The value of Khazanah

Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Kewangan menyatakan sehingga 31.12.2003, apakah penilaian pelaburan Khazanah Nasional Berhad di luar Negara mengikut angka nilai pokok (book value), kos dan nilai pasaran dan berapakah angka – angka itu pada 31.12.2008.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2003, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak mempunyai sebarang pelaburan luar Negara. Walau bagaimanpun, setakat 31 Disember 2008, Nilai Aset Boleh Direalisasikan (RAV) pelaburan luar Negara Khazanah adalah RM5.5 bilion atau 7.9% daripada keseluruhan RAV Khazanah bernilai RM69.5 bilion.
Berikutan dengan kenaikan harga-harga saham pasaran luar Negara yang lebih cepat berbanding pasaran tempatan, pecahan RAV pelaburan Khazanah di luar Negara pada 30 Jun 2009 telah bertambah kepadan 8.9% atau RM7.6 bilion daripada keseluruhan RAV Khazanah yang berjumlah RM85 bilion.
My comment: I'm sure Khazanah can do much better if its CEO was hired through public advertisement based on credentials, not by government's appointee.

No comments: