(OLEH MD IZWAN, 9/8/2014)
Ahli
Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi dibidas DAP hari ini kerana dilihat
meniru skrip Umno apabila mempertikaikan pembinaan terowong di Pulau Pinang
baru-baru ini.
Ahli Parlimen Segambut Lim
Lip Eng membidas tindakan wakil rakyat PAS itu yang didakwanya mengulang skrip
lama yang sebelum ini dipakai Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menyerang
pentadbiran Lim Guan Eng.
"Serangan dan fitnah
terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut
yang menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney nampaknya sama sahaja dengan
gaya serangan yang dilakukan Umno dan BN," kata Lip Eng.
Kenyataan Nasrudin itu juga
dipersoalkan ketika BN sendiri tidak lagi membangkitkan isu tersebut, katanya.
"Malah, Umno dan BN
serta pesuruh-pesuruhnya sendiri pun tidak menyerang aspek ketelusan projek
itu."
Lip Eng juga mendesak
Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan
di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya.
"Kenapa Tantawi pula
begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri?
"Susah sangatkah untuk
memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS
di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang
hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?"
soalnya.
Lip Eng juga mempersoalkan
tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini,
khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara
satu sama lain.
"Saya terkejut dengan
tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat
fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata
ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Membangkitkan soal
setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya
menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi.
"Seharusnya kita
saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang
sudah lena," kata beliau.
Dia juga menyeru PAS
membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis
komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.
"Saya menyeru
rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak berdiam diri, dan menyuarakan bantahan
masing-masing terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Tantawi.
"Berdiam dan redha
terhadap fitnah ini pasti akan dilihat mengikis komitmen PAS terhadap
persaudaraan Pakatan dan menambah syak wasangka orang ramai terhadap keikhlasan
tahalluf siyasi mereka," katanya.
Nasrudin mempersoalkan
mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman
ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan
berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara
rundingan terus.
Nasrudin berkata, projek
terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya
oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG
Sdn Bhd secara rundingan terus.
No comments:
Post a Comment