http://www.roketkini.com/2014/08/14/jangan-berpecah-hanya-kerana-seorang-individu-lim-lip-eng/
(14 Ogos 2014)
KUALA
LUMPUR, 14 OGOS: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mengingatkan bahawa Pakatan
Rakyat tidak perlu berpecah hanya kerana seorang individu bernama ‘Khalid
Ibrahim’.
Kata
Lip Eng, kerjasama erat selama ini antara PAS, PKR dan DAP seharusnya
dipertimbangkan di saat-saat genting ketika ada pihak yang cuba melaga-laga
persaudaraan yang telah lama dibina.
“Sejarah
kerjasama parti-parti komponen Pakatan Rakyat mencatat begitu banyak kenangan
yang baik-baik; terutamanya kemenangan besar dalam tsunami politik Mac 2008
serta kejayaan mendapatkan sokongan padu majoriti undi popular dalam PRU ke-13
tahun lalu.
“Kita
mahu diingati sejarah untuk peristiwa sedemikian. Kita pastinya tidak mahu
diingati sejarah kerana bergolak dan berpecah belah akibat kemelut Menteri
Besar Selangor,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan.
Tambah
Lip Eng beliau gusar apabila mendapat maklumat bahawa ada pihak yang tidak
selesa dengan persaudaraan Pakatan Rakyat, namun ‘malu-malu mahu mengaku
teringin tidur sebantal dengan Umno dan BN’.
“Kalau
tidak lagi selesa bersama semangat Pakatan demi kepentingan rakyat tanpa
mengira kaum, agama, dan status ekonomi; kenapa mesti malu-malu mahu menyatakan
keinginan untuk bersama Umno-BN?
“Saya
menyeru sahabat-sahabat yang setia memperjuangkan kepentingan rakyat untuk
menzahirkan kesetiaan kepada semangat Pakatan Rakyat dan jika sebaliknya
berhajat untuk tidur sebantal dengan Umno, janganlah segan silu untuk mengaku,’
kata Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.
Beliau
dalam pada itu menyatakan rasa gembira apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) PAS Selangor, iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, bertindak
menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku
Menteri Besar yang baru.
Tengahari
tadi, Saari dan Hasnul hadir bersama-sama semua Adun DAP dan PKR Selangor dalam
sidang media bagi menunjukkan Wan Azizah memiliki majoriti yang cukup untuk
menjadi MB baru negeri itu.
Sokongan
itu sekaligus menamatkan kelayakan Khalid Ibrahim untuk terus memegang jawatan
itu.
“Saya
cukup gembira membaca berita itu…Bagi saya semangat setiakawan Pakatan mesti
dijaga di saat genting sebegini.
“Saya
menyeru sahabat-sahabat yang setia memperjuangkan kepentingan rakyat untuk
menzahirkan kesetiaan kepada semangat Pakatan.
“Kita
tidak mahu tersudut di nota kaki sejarah sebagai sebuah gabungan politik yang
gagal dan berpecah selepas bertahun membina impian dan harapan baru bagi rakyat
Malaysia
“Dahulukanlah
kepentingan rakyat, janganlah sampai Pakatan Rakyat berpecah. Janganlah sampai
pakatan politik ini hancur akibat perbuatan seorang manusia,” ujar Lip Eng. –
Roketkini.com
No comments:
Post a Comment