Lim Lip Eng minta Menteri Pengangkutan menyatakan selepas laporan SPRM, PDRM dan tindakan mahkamah dibuat, apakah rancangan dalam 2 tahun terdekat bagi memulihkan PKFZ kepada keadaan yang mendatangkan untung; berapa fee guaman telah dibayar dalam tindakan mahkamah berkaitan isu ini.
Jawapan Kementerian Pengangkutan:
Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan PKFZ yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di mana antara lainnya:-
a) merangka dan mengesyorkan model perniagaan bagi mengembang, memajukan dan memaksimumkan pulangan pada PKFZ; dan
b) merangka dan mengesyorkan pelan dan strategi bagi menarik pelaburan tempatan dan asing.
Sehingga 16.10.2009, Lembaga Pelabuhan Kelang telah memfailkan 4 kes di mahkamah berhubung dengan isu PKFZ di mana 3 daripadanya merupakan Writ Saman manakala 1 adalah Saman Pemula. Memandangkan kes-kes ini baru sahaja difailkan dan belum dibicarakan di mahkamah, maka LPK belum membuat sebarang bayaran fee guaman.
My synopsis: For now, the ministry of transport has no idea in how to revive PKFZ in the coming 2 years.
My synopsis: For now, the ministry of transport has no idea in how to revive PKFZ in the coming 2 years.
No comments:
Post a Comment