Pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2009
Lim Lip Eng minta Perdana Menteri menyatakan 5 hasil dicapai oleh Menteri berportfolio Perpaduan dan Prestasi sejak April 2009 yang bermanfaat kepada rakyat dan, pihak siapa pula yang menyeliakan pelaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) Menteri tersebut.
Jawapan: (oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)
Tuan yang di-Pertua,
Semasa dilantik pada bulan April tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional & Pengurusan Prestasi) telah dipertugaskan untuk mengubal dan melaksanakan secepat mungkin Inisiatif Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) dengan mengunakan kaedah Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI). Inisiatif ini menjadi landasan untuk kerajaan merealisasikan dua objektif utama 1Malaysia iaitu, “Rakyat Didahulukan” dengan member tumpuan kepada kepentingan, keperluan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia, serta “Pencapaian Diutamakan” untuk menjadikan kerajaan lebif efisyen, telus, bertanggungjawab dan berfokus terhadap penyampaian hasil boleh dinikmati dan dirasai sendiri oleh rakyat. Inisiatif GTP ini melibatkan kesemuanya 28 menteri dan kementerian yang berkenaan, dan selanjutnya dijangka akan digunapakai oleh semua jabatan dan agensi kerajaan. Walaupun masih berada dalam tahun pertama, skala inisiatif ini merupakan di antara yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dilancar dan dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia. Oleh itu, sejak bulan April, Menteri telah bertungkus-lumus dan bekerjasama rapat dengan semua Menteri, dengan sokongan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, MAMPU dan Khazanah Nasional serta pasukan pakar rundingnya. Setakat ini, inisiatif GTP telah mencatat banyak kemajuan yang penting, Fasa Pertama atau fasa perancangan dan rekabentuk inisiatif pengurusan prestasi ini berjalan dari bulan April hingga Ogos 2009 dengan beberapa pencapaian yang boleh dirumuskan seperti berikut:-
Enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara atau Natinal Key Result Areas (N-KRA) telah bersama – sama dikenalpasti oleh Jemaah Menteri, dengan menghasilkan sasaran – sasaran KPI. Kesemua enam Menteri Meneraju (Lead Ministers) adalah komited sepenuhnya bagi memulakan dan melaksanakan inisiatif ini. Enam (6) N-KRA ialah:
1. mengurangkan Kadar Jenayah
2. memerangi rasuah
3. meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
4. meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
5. memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
6. menambahbaik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
Kesemua 28 menteri masing – masing telah juga mengenalpasti KRA utama bagi kementerian atau Ministerial KRA’s (M-KRAs) berserta dengan sub-sub M-KRA dan M-KPI yang bakal dilaksanakan sepenuhnya setelah kajian pertama oleh Perdana Menteri dalam bulan November dan Disember tahun ini.
38 Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah dari agensi – agensi utama telah memulakan proses menyelaras dan mengatur semula KPI masing – masing dengan N-KRA dan N-KPI serta KRA dan KPI kementerian masing–masing. Lebih dari 500 pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi telah didedahkan kepada asas metodologi KPI melalui penglibatan dalam proses ini dan akan berperanan sebagai “ejen perubahan” melalui latihan lebih lanjut. Perancangan untuk Belanjawan Negara 2010 dan Rancangan
Fasa Kedua yang bermula pada September hingga Disember menumpukan kepada penyediaan jentera pelaksanaan dan pelan – pelan penyampaian (delivery plans) yang telah mencapai kemajuan seperti berikut :
Penubuhan sebuat unit yang baru, iaitu Unit Perlaksanaan dan Pengurusan Prestasi atau Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dan pelantikan YB Senator Dato’ Sri Idris Jala sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O).
Pelaksanaan lapan (8) sesi makmal atau “labs” sepenuh masa selama 6 minggu untuk menggubal pelan – pelan perlaksanaan bagi enam (6) NKRA, IMalaysia, Perpaduan serta pengurusan data yang melibatkan hamper 250 orang penjawat awam dari kementerian – kementerian dan agensi – agensi yang berkenaan serta wakil – wakil dari beberapa badan bukan kerajaan dan kumpulan sukarela. Persiapan dibuat untuk mengadakan Hari Terbuka atau “Open Day” untuk mempamerkan cadangan – cadangan pelan – pelan penyampaian bagi 6 NKRA dan konsep 1Malaysia untuk mendapat maklumbalas dan pandangan pegawai – pegawai kerajaan, pemimpin – pemimpin masyarakat, media massa dan sebagainya.
Pertemuan antara YAB Perdana Menteri dengan setiap dari 28 menteri untuk membincangkan M-KRA dan M-KPI tiap – tiap kementerian serta pelan tindakann secara menyeluruh. Senua kementerian telah memulakan usaha mengukuhkan keberkesanan system penyampaian masing – masing supaya menjadi lebih cepat dan teratur, perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan dan mengukuhkan integrasi antara jabatan – kesemuanya adalah untuk kebaikan rakyat dan negara secara amnya.
Mengenai portfolio “Perpaduan Negara” walaupun ianya berkait-rapat dengan pelaksanaan gagasan “1Malaysia” pada keseluruhannya, tugas – tugas spesifik Menteri adalah lebih bertumpu kepada fungsi – fungsi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pencapaian setakat ini termasuk:
1. Menubuhkan 287 Kawasan Rukun Tetangga yang baru dalam 7 bulan (sejak Mei hingga November) di 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan serta menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk membina lebih banyak pondok. Kabin dan pejabat KRT.
2. Memperluaskan jenis kegiatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan mempertingkatkan mutu perlaksanaannya supaya KRT dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai pusat kegiatan penduduk, khasnya di kawasan – kawasan perumahan.
3. Menjalankan rangka kerjasama dengan para penyelidik, khasnya dari Institut Kajian Etnik (KITA), UKM untuk:
· Meningkatkan lagi pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai perpaduan dan hubungan etnik.
· Mengenalpasti dan menetapkan beberapa petunjuk tahap kehormanian dan rasa perpaduan di kalangan rakyat, termasuk kajiselidik pandangan awam (public opinion poll).
· Menyunting dan menerbit jurnal perpaduan untuk dijadikan sebagai majalah akademik rujukan utama bagi isu perpaduan dan hubungan etnik.
· Memperkasakan kelas – kelas tabika perpaduan dengan meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru dengan sokongan Kementerian Pelajaran.
Termasuk di dalam bidangkuasa menteri ialah Biro Perpaduan Awam (BPA) di mana usaha telah dimulakan untuk membuat analisa dan penilaian terhadap jenis aduan yang diterima, bukan setakat menerima dan menyelesaikan aduan, supaya member maklumbalas yang lebih jelas dan cadangan yang bernas untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan keberkesanan penyampaian kerajaan pada amnya dan kementerian atau agensi, khususnya.
No comments:
Post a Comment