Saturday, September 6, 2014

DAP buat laporan polis terhadap Zahid Hamidi kerana gugat keamanan

.Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana kenyataan menuduh bukan Melayu menghina Raja dan Islam baru-baru ini.
Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Lim memetik dua laporan berita daripada The Sun dan The Star mengatakan Naib Presiden Umno itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Laporan yang dibuat itu juga memetik kenyataan Zahid mengatakan kenyataan yang diterbitkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun tersalah konteks, sebaliknya ucapan ahli Parlimen Bagan Datoh itu merujuk kepada pemimpin DAP.
"Oleh itu, saya memohon polis menyiasat tuduhan Ahmad Zahid itu yang tidak mempunyai sokongan sebarang fakta atau bukti mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana ia merupakan satu kesalahan fitnah jenayah kepada ahli DAP.
"Saya juga memohon beliau disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tuduhan itu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menghancurkan keamanan," kata Lim dalam laporan polis bertarikh 2 September.
Semalam, Zahid berkata kenyataannya bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum Bumiputera, institusi raja dan Islam disalah tafsir sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Menurut menteri dalam negeri itu, beliau sebaliknya berkata, "bukan Melayu" yang beliau maksudkan merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP.
"Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik," kata Zahid.
Putrajaya juga dikritik hebat ketika ini kerana pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengikut Akta Hasutan 1948.
Terbaru, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom juga didakwa mengikut akta yang dimulakan semenjak zaman penjajah British itu.
Related news: Probe home minister for defamation and provocation, says DAP  http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/probe-home-minister-for-defamation-and-provocation-says-dap#sthash.AmOaImwh.dpuf

No comments: