Wednesday, September 3, 2014

Lip Eng: Zahid sewajarnya diambil tindakan

Tuduhan Zahid, tanpa memberikan sebarang fakta atau bukti itu bukan sahaja suatu fitnah, malah merupakan kesalahan jenayah 
Setiausaha DAP Kuala Lumpur Lim Lip Eng melabelkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kaum bukan Melayu semakin bongkak dan menghina orang Melayu Bumiputera, institusi raja-raja dan agama Islam sebagai kenyataan yang berbaur perkauman.
Lip Eng berkata kenyataan Zahid itu menghasut perpecahan dalam masyarakat.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi hal penguatkuasaan undang-undang, Zahid nampaknya merasakan undang-undang itu berada di telapak kakinya,” komen Lip Eng
Beliau juga menyatakan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pasti akan membutakan mata dan memekakkan telinga atas ucapan provokatif daripada menteri itu.
“Saya juga tidak terkejut sekiranya menteri-menteri parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC akan turut mendiamkan diri dan menyorok dalam kelambu tanpa mengulas lanjut mengenai tuduhan Zahid ini.
“Ini kerana mereka sebenarnya bergantung hidup kepada UMNO,” tambah Lip Eng.
Menurut beliau, tuduhan Zahid tanpa memberikan sebarang fakta atau bukti itu bukan sahaja suatu fitnah, malah merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.
Related news: Kenyataan perkauman Zahid Hamidi adalah kesalahan jenayah http://www.roketkini.com/2014/09/03/kenyataan-perkauman-zahid-hamidi-adalah-kesalahan-jenayah/

No comments: